Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2010

Terima Kasih ^_^

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan kepada semua insan yang berada di sisi aku ketika aku sangat memerlukan mereka. Terima kasih semua ^_^

Aku semakin hari semakin kuat untuk menghadapi semua ini. Di harap kekuatan ini akan kekal dan bertambah hari demi hari.. Amin..

Advertisements

Read Full Post »

Malam ini aku mendapat kekuatan untuk mula berbicara. Tidak tertahan dan tertanggung hatiku menahan semua yang berlaku ini. Berbekal iman yang sikit, hatiku tidak kuat untuk melawan semua ini. Penderitaan yang ku cipta sendiri. kisah yang mungkin tidak akan ku lupakan dalam hidup ini.

Malam ini aku hanya bertemankan gambar-gambar mu untuk ku tonton dan untuk membantuku mengimbau kembali kenangan kita bersama. Teringat kembali di saat ku masih dapat mendengar tawamu, melihat senyummu dan mendengar leteranmu. Indahnya ketika bersama dirimu. Keindahan yang tidak ku dapat gambarkan pada orang lain. Kebahagiaan yang kita sedia maklum bahawa itu hanyalah mimpi yang tidak kesampaian. Suatu fantasi yang tidak akan jadi kenyataan.

Mahu atau tidak, realiti hidup harus dituruti. Tanpa sebarang pilihan yang diberi, hanya satu jalan yang harus kita lalui. Yang harus kita tempuh untuk mendapat kebahagiaan yang hakiki. Walau sesusah mana jalan itu, kita harus lalui tanpa putus asa dan tanpa menoleh kebelakang walau sedikit pun. Kadang-kadang jiwaku rapuh untuk tempuhi semua ini. Aku tidak kuat untuk membuang dan melupakan kisah silam ku. Terlalu manis untuk ku buang semua itu.
Jiwaku terlalu goyah untuk lalui semua ini. Aku mula memberontak. Meminta yang itu ini walaupun jawapan yang pasti telah kau beri. Aku hanya ingin kau pimpin tanganku ketika ini. Membawa aku keluar dari semua ini. Membantu aku untuk meringankan beban dihatiku ini. Aku mula berfikir, jika ketika dahulu kita boleh bersama-sama hanyut untuk mendapatkan kebahagiaan sementara, mengapa kita tidak boleh bersatu dalam menciptakan kebahagiaan yang hakiki. Aku berharap kau akan membawaku keluar dari semua ini. Aku berharap kau akan dampingi aku di saat aku merangkak-rangkak mencari sinar hidup untuk bekalan ku di dunia dan akhirat kelak. Aku berharap kau tidak akan tinggalkan ku sendirian terumbang-ambing dalam perjalanan aku keluar dari lembah yang gelap ini..

Tapi harapanku hanyalah ibarat tin kosong. Berbunyi bila diketuk, menyepi bila terkaku dan walau apa pun isi dalamnya hanyalah udara yang tidak dapat dilihat mahupun dirasai. Dirimu seakan tidak mahu mendampingi ku lagi. Dirimu tidak larat lagi untuk memimpin aku. Aku tahu dirimu penat dengan semua ini. Penat mendengar pujuk rayaku. Aku tidak menyalahkan mu. Aku cuma sedilit terkilan. Di masa aku perlukan dirimu kau katakan bahawa perubahan itu hanya akan terjadi atas kehendak diriku. Perubahan itu hanya bergantung atas kekuatan diriku. Berkali kau katakana aku harus kuat, kau tidak dapat membantu apa-apa pun. Terkilan aku mendengar. Permintaan ku hanyalah kecil. Ingan mendapat sokongan dan doronganmu. Tapi di kala kaki ku mula mengatur langkah, kata-kata hebatmu selalu mengguris hatiku. Hatiku bertakung air mata untuk menelan semua kata-katamu. Tapi senyum harus ku ukir, kerana hanyalah itulah kekuatan ku. Biarlah.. Biar aku tanggung semua ini sendiri. Dengan caraku sendiri. Aku tidak akan mengharap belasmu lagi.. Aku akan biarkan kau bebas terbang dalam dunia mu, dan akan bertemankan angin yang akan mandingin dan mendamaikan dirimu..

Selamat tinggal dirimu…
Biarlah ini menjadi langkah pertamaku dalam percubaan untukku menarik diriku keluar dari lembah gelap itu…

Read Full Post »