Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2010

Because I’m Stupid

Semalam adalah hari bahagiaku..
Kau suruh aku mendengar lagu Korea bertajuk Because I’m Stupid. Lagu ni menjadi kegilaan kawan-kawan aku semasa belajar dulu. Dorang gila tengok cita Boys Over Flower tu. Aku macam biasa. Tak lah minat sangat tengok cerita korea yang comel2 gitu. Inikan pulak nak download lagu tu kan. Hehehe.. Tapi pagi ni aku dah download lagu tu. Siap dengan versi korea dan Inggeris lagi. Betapa berpengaruhnya engkau kan.. Hohoho.. Aku mula meminati lagu ini.. Ini merupakan kali pertama kau tujukan lagu buat aku.. hehehe.. Happynyer… hihihi

Hmmm.. aku rasa lagu ni memang kena dekat aku. Hmmm.. mungkin hanya kau yang memahami keadaan aku sebenar.. Hmmm..

Setiap pagi rutin harianku membuka facebook dan terus melihat pagemu… Dan setiap pagi jugakla mood aku akan hilang bila melihat dan membaca tiap apa yang kau post dan komen2 yang ada dalam wall kau. Walaupun aku telah maklum akan keadaan tu, tapi aku tetap nak jugak tengok wall kau dan terus membaca tiap perkataan yang ada dalam tu. Makin banyak yang aku baca, makin banyak yang aku tahu, semakin banyak jugaklah rasa sakit hati yang terpaksa aku tanggung… Ada orang menasihati untuk berhenti mengetahui pasal kau, tapi.. Itulah.. Aku pun tak tahu kenapa masih tak dapat nak berhenti… Hmm.. Kena ambik masa jugak kot kan.. Ke atas sebab “Because I’m Stupid” jadi sampai sekarang masih macam ni jugak.. Ntahlah… Huhu

Read Full Post »

Hari Konvokesyenku…

Hehehe.. pada tarikh 10.10.10 adalah tarikh bersejarah buat aku. Hari tu gembira betul sebab itu adalah aku menerima skroll ijazah ku… hihihi

Gembira juga sebab dapat bersama dengan family dan kawan-kawan tercinta terutamanya Mastura, sahabat baikku datang bersama-sama meraikan hari bersejarah itu.. hihi.. Sanggup dia terbang jauh dari kelantan dan ponteng kelas semata-mata nak pergi kovokesyen ku.. hihihi.. Terima kasih Mastura..

Tapi yang sedihnya aku tak dapat mengambil gambar dengan banyak terutamanya dengan kawan-kawan. Sebabnya waktu konvo baru nak mula aku datang lewat, orang dah baris nak masuk dewan baru aku sampai. Pastu bila dah habis konvo pula, aku cepat-cepat nak balik sebab anak buah aku merengek-rengek je nak ajak balik, nak nangis dah muka sebab tunggu lama sangat aku habis majlis konvo tu.. huhuhu… Ape pun, aku tetap gembira…

Yeah ^_^

😛 😛 😛

Read Full Post »

Cakap-cakap..

Jeng jeng jeng…

Hari ni aku nak cakap pasal cara bercakap. Hehehe.. Sebetulnya aku memang ada masalah untuk bercakap sedikit. Bukan masalah untuk mengungkapkan perkataan, tapi masalah untuk menggunakan bahasa. Tapi bukan masalah kot, sekadar kekeliruan sedikit dalam berbahasa…

Aku berasal dari Sabah (sabah memang best). Oleh itu berdialek Sabah adalah pilihan utama ku. Tapi ketika sekolah menengah, aku bersekolah di Kuching selama 5 tahun. Agak lama jugak untuk aku membiasakan diri untuk bercakap dalam Bahasa Sarawak, memandangkan Sarawak mempunyai bahasa yang unik untuk berkomunikasi secara harian. Untuk pengetahuan anda, kat Sarawak bahasa biasa dia lain, bukan bahasa yang kepunyaan bangsa tu. Mcm bangsa atau suku kaum Iban, Bidayuh, Kadazan, Jawa, Bugis tu aku kategorikan sebagai bahasa dalam bangsa. Kalau tu sah-sah la kita tak tahu kecuali pernah belajar atau berbangsa tersebut. Tapi kat Sarawak bahasa biasa (bahasa pengantara seharian) dia pun lain. Contohnya saya, dia akan jadi kamek, awak akan jadi kitak. Jadi sebagai anak jati Sabah mula-mula sampai sarawak tu sepatah aku tak faham apa dorang cakap. Aku main agak-agak je. Tapi alhamdulillah sekarang aku dah boleh berkomunikasi dalam bahasa sarawak. Kawan-kawan sarawak pun agak ramai memandangkan aku membesar di situ. Ini membuatkan aku selesa untuk bermomunikasi dalam bahasa sarawak. Setelah selesai belajar di Matrikulasi Labuan, aku belajar pula di semenanjung. Satu fenomena baru bagi aku. Sekali lagi aku kena biasakan diri aku untuk berkomunikasi dalam dialek orang semenanjung.

Satu hari tu aku bertemu dengan orang Johor. Dia mengatakan dia berbangsa Johor-Riau, dan bahasa yang dia sedang cakap itu adalah bahasa asli orang johor-riau. Kiranya dia nak katakan dia bercakap bahasa ibunda nya sendiri. Dia kata aku cakap tak bunyi orang sabah, macam orang semenanjung. (aku rasa dia sorang saja cakap macam tu sebab selama ni suma orang cakap aku cakap macam orang sabah). Aku tak tahu apa point orang tu, dia mengatakan aku ni lupa daratan. Tanak cakap bahasa ibunda sendiri. Hello encik.. Saya bukan lupa daratan. Saya berpegang pada peribahasa “Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengembu” (dan masuk kandang harimau dibaham.. Hikhik). Sebab aku merasakan, untuk menghormati bumi yang aku pijak, aku harus belajar cara mereka berkomunikasi. Bercakap bahasa orang lain bukan bermakna aku lupa daratan. Huhu..

Hehe.. Lupakan pasal encik itu dahulu. Benda tak baik tak harus diingat kan. ^_^

Eh, hampir lupa point sebenar nak menulis entry ni kan, Hihihi..
Sebenarnya aku nak mengatakan, aku keliru sedikit nak menulis dalam bahasa Sabah, Sarawak atau semenanjung. Tapi aku rasa ni ok la ni. Boleh difahami oleh pelbagai bangsa di Malaysia. hehehehe.. Padahal takda pun orang nak baca kot blog aku ni. hihihihihi

Sekian..

Eh, senyum jap ^_^

Read Full Post »

Tentang dia ^_^

Dia seorang yang baik akhlaknya. Berbudi pekerti. Bertanggungjawab. Dan yang paling penting penyabar orangnya. Selalu sabar dengan sikapku. Hanya dia yang memahami ku..

Dia sayang padaku..

Aku sayang dia..

Dia suka makan cheezy wedges… ^_^

Read Full Post »

Kata Orang…

Betul lah kata orang bahawa cinta, kasih sayang, rindu, suka semuanya itu tak dapat dipaksa…

Read Full Post »

Aku marah bukan tandanya membenci..
Aku cemburu bukan tandanya mendengki..
Aku syak wasangka bukan tandanya tidak mempercayai..
Tapi itu semua kerana kasih ku padamu yang tak dapat ku ungkapi..

Aku berdegil bukan beerti melawan..
Aku berleter bukan penyakit sawan..
Aku merajuk bukan maksudkan tak mahu kawan..
Tapi itu semua kerana rinduku padamu yang mendalam..

Aku menjauh bukan maksudku mengelak darimu..
Aku menyepi bukan kerana melupaimu..
Aku berpaling bukan kerana telah bertemu teman hidupku..
Tapi aku hanya ingin memberi ruang pada dirimu..

Dan untuk kesekian kalinya aku lakukan semua hanya kerana ku sayang kamu.. ^_^

Read Full Post »